Selasa, 30 Ogos 2016

DIY Cara Buat Perangkap Lalat

Lalat adalah sejenis serangga terbang. Nama saintifik bagi lalat rumah adalah "Musca Domestica". Lalat rumah bersaiz antara 6 ke 9 mm serta berwarna hitam kelabu ini sentiasa berlegar di sekitar kawasan di mana terdapatnya bahan buangan manusia seperti sampah.

Lalat rumah adalah yang paling dikenal sebagai pengotor dan pembawa penyakit. Bermacam-macam mikroorganisma penyebab penyakit melekat di kaki lalat. Pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat biasanya berkaitan dengan saluran pencernaan. Melalui perpindahan kuman dan mikroorganisma dari lalat ke dalam tubuh manusia terjadi secara mekanikal. Lalat dari tempat kotor dan busuk kemudian hinggap di makanan sehingga makanan tercemar. Mikroorganisma akan masuk ke dalam tubuh bersamaan dengan makanan itu.

Cara untuk mengurangkan populasi lalat antara lain dengan menggunakan alat perangkap, umpan, dan alat pembunuh elektrik. Sebenarnya anda boleh membuat perangkap lalat tanpa sebarang modal. Anda boleh membuat perangkap lalat dengan botol terbuang. Cara membuat perangkap lalat yang saya maksudkan adalah seperti gambar rajah dibawah.


Perangkap Lalat 1



Perangkap Lalat 2



Perangkap Lalat 3



Tiada ulasan:

Catat Ulasan