Selasa, 30 Ogos 2016

DIY Cara Buat Perangkap Lalat

Lalat adalah sejenis serangga terbang. Nama saintifik bagi lalat rumah adalah "Musca Domestica". Lalat rumah bersaiz antara 6 ke 9 mm serta berwarna hitam kelabu ini sentiasa berlegar di sekitar kawasan di mana terdapatnya bahan buangan manusia seperti sampah.

Lalat rumah adalah yang paling dikenal sebagai pengotor dan pembawa penyakit. Bermacam-macam mikroorganisma penyebab penyakit melekat di kaki lalat. Pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat biasanya berkaitan dengan saluran pencernaan. Melalui perpindahan kuman dan mikroorganisma dari lalat ke dalam tubuh manusia terjadi secara mekanikal. Lalat dari tempat kotor dan busuk kemudian hinggap di makanan sehingga makanan tercemar. Mikroorganisma akan masuk ke dalam tubuh bersamaan dengan makanan itu.

Cara untuk mengurangkan populasi lalat antara lain dengan menggunakan alat perangkap, umpan, dan alat pembunuh elektrik. Sebenarnya anda boleh membuat perangkap lalat tanpa sebarang modal. Anda boleh membuat perangkap lalat dengan botol terbuang. Cara membuat perangkap lalat yang saya maksudkan adalah seperti gambar rajah dibawah.


Perangkap Lalat 1



Perangkap Lalat 2



Perangkap Lalat 3



Ahad, 28 Ogos 2016

DIY Cara Buat Kipas Mini Portable USB



Kipas mini dengan portable USB banyak dipasaran. Harganya kebiasaannya adalah sekitar RM15 - RM50. Bagi yang kreatif anda boleh membina kipas mini sendiri. Caranya adalah seperti video dibawah.


Bahan yang diperlukan ;
CD
Dawai
Portable USB
Wayar
Motor kipas


Cara Buat Kipas Mini Portable USB Dengan Bahan Terbuang


Sabtu, 27 Ogos 2016

DIY Cara Buat Mini Vacuum

Mini vacuum dengan bahan buangan.



Bahan yang diperlukan.
Bateri
Suis
Motor Kipas
Botol minuman
Batang ais krim
Getah Paip



Cara Buat Mini Vacuum




DIY Cara Buat Mini Penghawa Dingin

Penghawa dingin, penyaman udara, penyejukan dalaman, pengkondisi udara, penyaman udara, aircon, atau AC (bahasa Inggeris): air conditioner) adalah sistem atau mesin yang direka untuk menstabilkan suhu udara dan kelembapan suatu kawasan (yang digunakan untuk pendinginan dan pemanasan bergantung pada sifat dingin pada waktu tertentu).

Umumnya menggunakan kitaran penyejukan tapi kadang-kadang menggunakan penyejatan, biasanya untuk keselesaan pendingin di bangunan-bangunan dan kenderaan bermotor

Konsep pendingin hawa diketahui telah dilaksanakan di Rom purba dan Parsi abad pertengahan. Pendingin moden muncul daripada kemajuan dalam ilmu kimia selama abad ke 19, dan penghawa dingin skala besar elektrik pertama ditemui dan digunakan pada tahun 1902 oleh Willis Haviland Carrier.

Mari Kita Cipta Mini Penyaman Udara

Bahan Bahan Yang Diperlukan.

Bekas plastik
Kipas angin 
Kabel USB
Styrofoam
Screw Nut

Video Cara Buat Mini Penghawa Dingin