Jumaat, 2 September 2016

DIY Pemegang Smartphone


Pada masa kini, smartphone atau telefon pintar sudah menjadi sebahagian daripada keperluan utama dalam kehidupan. Hal ini kerana telefon pintar bukan lagi hanya alat komunikasi, tetapi sudah menjadi alat untuk melakukan pelbagai aktiviti harian.

Untuk memudahkan penggunaannya dalam kehidupan seharian, banyak aksesori yang dijual di pasaran, contohnya pemegang smartphone. Bagi yang kreatif anda tidak perlu membazir wang ringgit dengan membeli pemegang smartphone di pasaran seperti Lazada, Aliexpress atau mudah.com. Apa yang perlu adalah anda buat sendiri pemegang smartphone anda dengan kreativiti tersendiri. Dibawah adalah contoh-contoh pemegang smartphone yang dibuat sendiri secara kreatif.